Tuesday, May 26, 2009

USMB

Pada awal wujudnya UiTM Pulau Pinang, Unit Komputer Pengurusan dan Akademik diketuai oleh seorang Pengurus, seorang Penolong Pegawai Sistem Maklumat dan 2 orang Pembantu Makmal. Ia berfungsi memberikan sokongan teknologi maklumat untuk pengurusan dan akademik serta penyelenggaraan server.
Pada 18 Oktober 1999, Unit Komputer Pengurusan dan Akademik ditukarkan kepada Unit Sistem Maklumat Bersepadu (USMB) hasil daripada penyusunan semula struktur organisasi tersebut. Ia ditubuhkan bagi meningkatkan kualiti pengurusan sumber teknologi maklumat dan memberi sokongan teknologi maklumat untuk pengurusan dan akademik.
Mulai 1 Julai 2007, 5 buah makmal komputer akademik yang sebelum ini di bawah jagaan USMB iaitu Makmal Komputer 1, Makmal Komputer 2, Makmal Komputer 3, Makmal Komputer 4 dan Makmal Komputer 6 telah ditempatkan di bawah jagaan JTMSK. Oleh itu, semua urusan kendalian kuliah yang melibatkan penggunaan makmal komputer dan pengurusan harian makmal komputer adalah diletak di bawah tanggunggjawab Koordinator JTMSK.
Kini USMB berada di bawah arahan Pengarah Kampus dengan kakitangan terdiri daripada 8 orang iaitu seorang Koordinator, seorang Pegawai Teknologi Maklumat, 2 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, seorang Juruteknik Komputer T/K dan 3 orang Juruteknik Komputer
Unit USMB dibahagikan kepada 4 sub-unit utama iaitu unit operasi & teknikal, unit penyelenggaraan dan baikpulih, unit rangkaian dan unit sistem. Setiap unit ini diuruskan oleh Juruteknik Komputer.

No comments: