Dimaklumkan, pada 1 dan 2 Mac 2009 lalu, UiTM Pulau Pinang telah dijemput oleh Seketeriat Indonesia, Malaysia Thailand Growth Triangle (IMT-GT) untuk membuat persembahan kebudayaan sempena persidangan Trade Fair di Prince of Songkla University Convention Centre, Songkla Province Thailand. UiTM Pulau Pinang telah menghantar Kumpulan PESADA dan pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan untuk menjayakan persembahan tersebut yang disaksikan oleh delegasi dari Indonesia, Malaysia dan Thailand. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Gabenor Wilayah Songkla. Pelajar kita diberi penghormatan untuk membuat persembahan di upacara pembukaan dan penutup sidang tersebut. Pihak seketeriat sangat berpuashati dengan kerjasama dan 'professionalism' yang ditunjukkan oleh para pelajar kita. Mereka berharap dapat meneruskan kerjasama begini di masa akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment